End of degree

 Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, akhirnya 4 tahun dah sampai ke penghujung. Jujur aku cakap, tahun-tahun akhir sepanjang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memang buat aku putus asa. Belajar secara atas talian ni sangat berbeza dengan face to face. Tambah-tambah tahun menyiapkan projek akhir. Sungguh, banyak gila halangan dari segi emosi dan juga nak dapatkan data. Latihan mengajar pun kebanyakan online.  Aku sebenarnya ada nak share video aku meltdown haritu cumanya terdelete. jadi tak dapat nak share dengan korang semua. 

Terima kasih diucapkan kepada keluarga khasnya iaitu Amri dan juga Siti Zaharah . Dapat ibu bapa yang memahami dan menyokong merupakan salah satu rezeki dalam hidup. Terima kasih juga kepada adik-adik iaitu awa dan juga ayi. Tanpa semua, mungkin kakak tak kuat. maklumlah, aku menyewa dan duduk asing sorang-sorang jauh dari family.Aku rasa bukan aku seorang sahaja. ramai juga klawan-kawan yang tinggal berjauhan tetapi kebanyakan tinggal dirumah masing-masing. maklumlah WFH. Terima kasih juga untuk Saiful sebab banyak tolong aku dalam semua perkara. 


untuk semua rakan-rakan seperjuangan, 

Terima kasih untuk perkenalan yang singkat ini tetapi bermakna. Aku belajar banyak benda dalam hidup. Lagipun memang dah tertulis, perjumpaan yang diaturkan oleh tuhan adalah untuk mengajar kita. Aku minta maaf salah dan silap sepanjang perkenalan ini. halalkan makan, minum, pakai dan juga ilmu dekat aku. Jujur aku cakap, aku sangat sedih kerana pengakhiran degree life kita macam ni. Walaupun takrapat dengan semua orang, tetapi ingin berjumpa itu ada sebelum membawa haluan masing-masing. Kawan, selepas ini aku yakin, kita akan terpisah beribu jauh batu. Hati,jasad dan fikiran semuanya hilang. Aku harap, hubungan kawan kita ini tidak terhenti disini. Jujur aku katakan, jika selepas ini kita mungkin sudah tidak menghubungi. Mungkin 10 tahun, mungkin 11 tahun. Tapi, jika suatu hari memerlukan bantuan, jangan segan silu untuk telefon. jangan rasa bersalah "aku dah lama tak contact dia, lagipun takrapat", aku takmau kawan-kawan aku rasa macam tu. Telefon saja. Jujur aku tiada masalah malah seronok masih ada yang sudi dan mengingati aku. Aku doakan yang terbaik untuk semua.


untuk rakan-rakan lain. 

Terima kasih kerana selalu menyokong aku. Walau tak selalu whatsapp, call dm atau pm, aku tahu aku masih ada semua orang. Terima kasih juga untuk ucapan yang sangat banyak dari semua. Alhamdulillah, ramai yang menyokong aku rupanya walaupun jarang bertemu atau bertanya khabar. Aku masih aku yang dulu, menyayangi semua orang dan benda yang sama aku nak ucapkan, mungkin sudah tidak menghubungi. Mungkin 10 tahun, mungkin 11 tahun. Tapi, jika suatu hari memerlukan bantuan, jangan segan silu untuk telefon. Aku doakan juga kalian berjaya !


Ikhlas dari lubuk hati,

aliaa Amri

Comments