SABAH : New life begin

 Assalamualaikum semua. sekarang aku di SABAH !



Syukur kehadrat ilahi, aku dapat posting di SABAH. Kemabong, Tenom. Walaupun dalam keadaan rela tetapi menitik juga air mata. Alhamdulillah, setakat  ini semuanya dipermudahkan. Aku nak share hari pertama aku naik pesawat sampai lah ke Kota Kinabalu. Here my new life begin !

Awalnya aku janji dengan kawan yang akan posting juga di Sabah untuk berdua. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, kawan aku tak boleh fly sama-sama ke Sabah. Jadi dah cancel semua hotel, sewa kereta dan sebagainya. *highlight my story on 23.02.2022

9.00 malam 22.02.2022



Tarikh ni cantik. Secantik takdir hidup aku. Aku satu keluarga bertolak awal bermalam di Pulau Pinang sebab esoknya flight pagi. Biasalah Penang mestilah jammed. 

7.30 pagi 23.02.2022
Terus pagi kami semua bertolak ke airport penang untuk bagi lambaian terakhir hahahah. Aku book flight yang tak perlu transit tapi flight delay jadi aku terpaksa transit dulu di KLIA kemudian baru bertolak ke KKIA.

5.00 petang 23.02.2022 


Aku selamat sampai di KKIA pukul 5.00 petang. Turun flight menangis sahaja. Jujur, bukan sedih dapat di Sabah, tapi sedih sebab terpaksa tinggalkan orang-orang di Penang. Tak tahu bila pula boleh berjumpa. Mungkin cuti sekolah nanti. Imigresen pandang tetapi masing-masing tak menegur. Mungkin tau hati aku tengah rawan tinggalkan keluarga di Penang. Ya allah cantik sangat Sabah. Sentiasa sejuk jauh sangat dengan Penang yang panas. Masa pun lebih cepat disini. Tau tau ja dah malam. Aku memang tak book hotel sebab nak overnight di KKIA. Nak feel feel explorer. Dari dalam flight dah ada announcement, KKIA tiada eletrik. Tapi aku macam tak ambil kisah, mesti ramai yang akan overnight di KKIA dan aku sembang dengan kawan yang duduk seat sebelah. India muslim penduduk asal tenom. Tenom dekat saja dengan Kemabong. bezanya Kemabong dalam lagi dari Tenom. Di Tenom ada pekan, di Kemabong ada pekan tapi tiada apa apa. Sampai saja di airport aku ke surau dulu tetapi memang sangat gelap. memang berbekalkan torch handphone yang sikit lagi nak habis bateri. Dekat sini, aku jumpa seorang pendidik yang memegang gelaran iktisas Dr Datin. Alhamdulillah, baik sangat kepada aku siap bagi tips lagi. 

Tips: Cari doa untuk berjumpa orang/ pelajar supaya dipermudahkan
Tips 2: Gaharu boleh menenangkan/ meningkatkan fokus pelajar autisme low funtion. Kajian dilakukan di Cambodia.

Solat, menangis sangat sangat waktu doa moga dikuatkan hati. Aku perlu relaks dan tenang untuk aku boleh fikir secara waras. Minta ditenangkan hati dipermudakan urusan dan aku dijaga oleh yang Satu. Selesai solat, aku keluar. waktu sudah pukul 6.00 petang. Kena cepat sebab kebanyakan outlet disini pukul 8.00 malam sudah tutup. Pertama kali dalam hidup aku, makan di KFC tetapi dalam gelap. Resit ditulis menggunakan tangan sahaja. Menu juga hanya ada dua. Ialah kan tiada eletrik. Alhamdulillah, masih steady. Masih tetap pendirian nak jadi explorer.

6.30 petang 23.02.2022
Aku nak ke surau balik sebab dah maghrib. Niat nak jamak. Tapi bila aku nak pergi ke surau, sangat gelap. Memang tak berani dengan aku seorang. Bukan takut hantu, tetapi bahaya di negeri orang. Aku tak kenal sesiapa, dengan beg berat 28kg luggace, 7kg backpack dibawa oleh individu ketinggian 149 berat 44kg . Beg dah nak sama berat aku. Tercunggap juga. Tiba-tiba ada makcik pakcik ni lalu. Aku minta izin untuk sama-sama ke surau dengan depa. Masa di dalam surau banyak lah yang ditanyakan. Depa tak percaya aku dari Penang seorang diri nak mulakan hidup di Sabah, tiada sedara  mara disini dan kawasan sekolah yang aku dapat tu pun luar bandar juga. Dari KK ke kampung dalam angaran tidak lebih 5 jam.

Makcik pakcik ni ambil anak yang turun dari KL. Baik hati sangat, tolong carikan bilik hotel, hantar aku kesana, bawa aku pergi makan dan bawa aku ke pasar raya beli barang keperluan juga sebelum aku masuk kemabong. Aku memang niat nak bagi duit minyak tapi memang depa tolak. Katanya, kalau datang KK nanti belanja makan ja. Banyak kali pesan, bisuk kau keluar awal, kalau kau tengahari nah, sampai kemabong malam sudah. Depa buat aku macam anak. untuk hari pertama rasa seperti terbang dengan keluarga walaupun bukan keluarga sebenar.

Jadi lepas selesai depa pun balik. Tinggallah aku seorang di Signature Inn. Sekali aku tersedar Tab aku tertinggal dalam kereta. Sebabnya lepas beli barang dah tak masuk kereta. mereka terus hantar ke hotel. Nasib baik aku ada ambil no telefon makcik. Bersalah sangat rasa menyusahkan orang di awal perkenalan. Makcik Pakcik tu dari Menggatal turun balik ke hotel aku tolong hantar barang. Dalam 30 minit perjalanan. Ya allah syukur sangat. Masih berkali-kali tolak aku jangan bagi duit. depa kata aku lebih memerlukan. Tetapi aku tinggalkan saja duit di dalam kereta. Dalam hotel selamat ada wifi sebab line tak ada. Orang call pun tak masuk. Memang berbekalkan wifi ja aku inform dekat family. Kawan-kawan yang lain aku mohon maaf tak dapat balas. Aku pun tidur awal sebab masih terkejut dengan waktu dekat sini hahahahaaa.

5.00 pagi 24.02.2022
Aku bangun mandi solat selesaikan barang dan terus naik grab ke airport kembali. Grab juga dipertemukan dengan abang grab yang baik. Siap bagikan aku gelang supaya aku lebih nampak macam orang Sabah. Jadi orang takut nak buat yang bukan bukan. Bukan tangkal atau perlindungan ya. Teksi akan ambil aku dari KKIA ke Kemabong pukul 12 tengahari ni. So sekarang aku tengah cas kan semua alat eletronik aku dekat airport. lepastu nak makan banyak banyak banyak untuk sehari. Tak pastilah lalu atau tak. Sambil-sambil ada wifi di airport, aku update lah blog ni. sebab takut di Kemabong tak ada line atau sebagainya. 

Terima kasih untuk semua, keluarga, rakan-rakan saudara mara yang banyak membantu, bagi wang dan juga hadiah. Terima kasih juga untuk orang-orang sabah yang sangat baik dekat aku, bantuan yang depa bagi sungguh aku sangat perlukan. Abang flight, Dr di surau, abang hotel, abang Grab dan juga family pakcik makcik. Tak sempat nak update di whatsapp atau instagram akibat beberapa kekangan. Mohon semua pembaca blog ini doakan semoga perjalanan merantau aku dipermudahkan. Terima kasih juga masih membaca blog ni. Maafkan juga bahasa blog ni dah bercampur penang sabah dengan baku. Aku pun sekarang confuse dengan diri aku. Sampai berjumpa lagi semua. 


Comments

  1. Good luck my dear.. Allah ada . allah dh permdhkn segala urusan hang.. jgn risau ok.. aku akan sentiasa doakan hang..

    ReplyDelete

Post a Comment