Perkampungan ilmu upsr

Assalamualaikum .

Saya harap awak yang baca tu tak penat baca sampai habis . Tapi kalau dah tak sanggup sudah . Takpayah baca . Stop .

Lama saya tak update kan . So kali ni saya nak share pasal program yang saya sendiri dah join dari tahun 2015 sebagai fasilitator untuk program perkampungan ilmu skor A . Satu program bersifat akademik , bukan bersifat kepimpinan . Mungkin ramai yang salah faham kerana lihat pada aktiviti aktiviti yang dilakukan lebih kepada aktiviti dalam kumpulan tetapi sebenarnya ini adalah program bersifat akademik . Cuma diselitkan sedikit aktiviti aktiviti menarik secara berkumpulan . Yelah kalau asyik belajar ja penatlahhhh .

So, ringkasannya, program ni sebenarnya dah lama dah ada sejak dari 2009 lagi . Cuma pada tahun 2015 . First program yang saya join tu la first program yang kita buat dekat ipg tunku bainun . Waktu tu peserta around 130 orang ja . Tak ramai sangat . Seingat saya sekolah yang join waktu program ni dekat ipg tahun 2015 student dari sekolah addiniah, sg bakap, padang menora dengan lunas jaya. Tapi start tahun 2016 memang peningkatan penyertaan banyakk gilaa .
Around 330 student . Memang kami fasi fasi tak larat nak jaga tapi sebab sayang punya pasal everything goes well . Tengok muka adik adik hilang semua penat . Kami tak makan pun takpa . Asalkan adik adik kenyang . Taktipu okayy . Bilangan fasi dlm consultant ni pun ramai sampai saya pun tak sempat kenal semua lagi . Yelah sebab ada program sesetengah fasi takboleh nak join . Tapi alhamdulillah everything ok .
Ha dah penat latu . Tulah saya cakap jangan baca nak baca jugak . Shuh .

Jadi saya ulang lagi sekali kem ni berbentuk akademik dan bukannya kepimpinan . Tiba tiba malam ni rasa rindu dekat semua adik adik kem skor A . Walaupun tak rapat dengan semua . Tapi alhamdulillah sampai sekarang kami masih lagi berhubung dengan adik adik yang pernah join kem . Kini, kem skor A kembali lagi yeayyyyyyyyy .
Adik adik sebenarnya bijak, tetapi gagal menterjemahkan kebijaksanaan mereka di atas kertas peperiksaan. Adik adik faham dengan apa yang telah mereka pelajari, tetapi tidak tahu teknik-teknik yang berkesan dalam membantu menjawab kertas soalan peperiksaan.
KENAPA?


Adik adik akan dapat menyelesaikan masalah adik adik dengan MENGHADIRI PERKAMPUNGAN ILMU UPSR 2017.


“Bagaimana Program ini dapat menyelesaikan masalah adik adik?”

INI JAWAPANNYA 😁
Dengan menyertai PERKAMPUNGAN ILMU UPSR 2017, manfaatnya ialah :
*4 Slot Akademik Khas bersama panel jemputan yang berpengalaman. (Bahasa Melayu, Bahasa    Inggeris, Sains dan Matematik)
*Sentuhan Motivasi dan Kerohanian kepada anak - anak.
*Fokus terhadap teknik menjawab terkini.
*Perkongsian Tip - Tip Menghadapi Peperiksaan Bersama Pelajar Cemerlang
Menarik kan?
Ini maklumat program :
Hari : Jumaat - Ahad (3 Hari 2 Malam)
Tarikh : 4 - 6 Ogos 2017
Tempat : IPG Kampus Tuanku Bainun, Kubang Semang.
Pendaftaran : 2.30 Petang (Jumaat)
Tuan tuan dan puan puan jangan risau . Kem ni bukan sekadar belajar sahaja . Tapi diselitkan juga dengan aktiviti aktiviti yang dapat membuatkan seseorang individu itu menggunakan kedua dua bahagian otaknya . Kalau saya ada adik darjah 6 . Saya dah daftarkan . Tapi sayang . Adik adik saya semua dah besar . Jadi saya menumpang kasihh adik adik dekat perkampungan ilmu tulah nanti ya . Nak post gambar banyakk lagi tapi sekarang mata dah mengantukk nak cari gambar . So tunggu perkampungan ilmu ni laaa . Post baru yea . 😁
So that all for now . Thank you .







Comments