Pedas buat bahagia

 Assalamualaikum dan selamat petang.


Hari ini aku sedih sangat. Rasa nak marah dengan kebodohan sendiri dan sedikit frust. Tentang apa ? cukuplah beberapa orang karib sahaja yang tau tapi pokok pangkalnya bukan itu yang aku nak story. Disebabkan aku sedih and menangis, my friends suggest me to sing and bloging. And here i am. But sebelum tu aku dah sediakan dua mangkuk mi segera 2xspicy jenama Maggi untuk teman aku berbloging. Betul ka makan pedas atau makan capsicum family boleh buat rasa bahagia ? hilang stress, and gembira? Jadi sini aku nak kongsikan beberapa info hasil daripada bacaan aku. Kalau salah tolong betulkan ya?

Tak salah nak marah, nak kecewa dan stress tapi kalau dah penat tu jommm, makan pedas. Betul kebanyakan orang akan consume coklat kalau tengah stress. Aku pun tu pasal berisi badan sekarang. Akan tetapi, bahagianya singkat sebab gula atau glucose akan cepat hilang pengaruh dia. And kita akan rasa helpless balik. Hasil daripada pembacaan aku dekat beberapa artikel jurnal and tontonan bioskop indonesia skskskssks, makan pedas tu pun dapat meningkatkan mood bahagia. Bagaimana ? 

Firstly, makan makanan pedas tu boleh menghasilkan hormon serotonin untuk kita menghadapi kecemasan, kemarahan dan stress. Okay what is serotonin ? Serotonin sebagai neurotransmitter iaitu sejenis bahan kimia yang membantu menyampaikan isyarat dari satu kawasan otak ke kawasan otak yang lain. Selain daripada makan pedas, kita boleh consume makanan yang tinggi akan asid amino triptofan. Antara makanan lain ialah seperti daging dan keju Dengan 250mg dan enzim, saraf kita dapat mengahsilkan serotonin agar kita merasa bahagia. Daripada 40 juta sel otak (kira-kira) kebanyakan nya dipengaruhi oleh serotonin. Ini termasuk sel otak yang berkaitan dengan mood, keinginan dan fungsi seksual, selera makan, tidur , ingatan dan pembelajaran, peraturan suhu, dan beberapa tingkahlaku sosial. Kalau kita asyik nak makan ayokk jaga-jaga kemungkinan serotonin dalam badan kita kurang. Sebenarnya, serotonin ini boleh ditingkatkan dengan pengambilan makanan yang seimbang (Harian Metro, 2020) Selain itu, menurut American Association for Cancer Research, capcaisin boleh mencegah kanser dan leukimia.

Secondly, makan pedas juga dapat meningkatkan hormon endorfin. what is endorfin? Menurut Nandhini, Fuad dan RA Retno, (2014),  endorfin berfungsi sebagai neurotransmitter. Endorfin dihasilkan oleh kelenjar pituitary dan hipotalamus dalam vertebrata selama kita berlatihan, gembira, merasa sakit, mengambil makanan pedas, merasakan cinta dan juga orgasme. Endorfin juga dapat memberikan rasa santai, gembira pada seseorang. Fungsi endorfin seperti How ? apabila kita dah makan pedas, kita akan rasa seperti terbakar lidah atau mulut ( dekat sini bukan nak kira mulut panas sebab makcik kedai tu masak cabai lama tak lama. Saya tahu anda pandai memasak tapi bukan sini platformnya ). Bila kita rasa macam tu, otak akan mengatasi rasa sakit tu dengan menghasilkan endorfin. Endorfin ini akan hilangkan rasa sakit dan buat kita lebih bahagia, tenang dan dalam keadaan atau suasana yang mendamaikan (Tse, 2010). 


Sampah ni aku kena buang tong sampah rumah
kalau tak busuk bilik aku

Itu sahaja daripada aku . Alhamdulillah maggi aku pun dah habis. Rasa ralat tu still ada sikit tapi sumpah aku tenang gila sekarang. Siap boleh cari artikel lagi engko. Bye !


Rujukan

Anggarasari, N. H., Nashori, F., & Kumolohadi, R. R. (2014). Terapi tawa untuk mengurangi emosi marah pada caregiver lansia. JIP (Jurnal Intervensi Psikologi), 6(1), 69-80.

Harian Metro. (2020). Hindari Kemurungan diambil daripada https://www.hmetro.com.my/node/96713 pada 12/9/2020. (p/s: artikel keluar hari ini).

Tse, Mimi M. Y.. (2010). Humor Therapy: Relieving Chronic Pain and Enhancing Happiness for Older Adults. SAGE-Hindawi Access to Research. Journal of Aging Research. Volume 2010, Article ID 343574, 9 pages doi:10.4061/2010/343574.

Vestergaard, P. (2018). Serotonin: A New Potential Risk Factor for Falls, Low BMD, and Fracture. Journal of bone and mineral research, 33(9), 1558-1559.

 

Comments