"cikgu" empat minggu

geng ppg

Assalamualaikum peeps !

Haritu dah settle cikgu selama 2 minggu. Sekarang aku nak share pengalaman cikgu selama 4 minggu pula. This time aku pilih salah sebuah sekolah di Perak as a tempat to gain an experience.Haritu 2 minggu nak melawa saja. Sekarang dah kena 4 minggu, cita-cita dah taknak main-main. Alhamdulillah niat tu dah ada tapi kita merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang hahahahaaaa. Aku yang malas salahkan tuhan. Okay datang ke sekolah ni pendidikan khas dia lagi mencabar sebab ada pelbagai kategori murid berkeperluan khas (MBK) berbanding sekolah yang aku pi 2 minggu. Walau pun mereka kita kena panggil pelajar kan sebab sekolah menengah. Cuma dalam Akta guna terms "murid" so aku guna terms yang sama juga dekat sini.

usia ja meningkat peace jangan turun


From this school i can see the real struggle to become a Special education's teacher walau mungkin sikit. Aku boleh tengok budak tantrum, meltdown, yang nangis nak makanan, manjanya Sindrom Down,aktifnya ADHD, susahnya komunikasi dengan murid pekak and everything. Yang kita cakap tapi takrespon-respon. Hahahahaaa, penat tau tak. Panggil nama pun tak respon. Jujur aku cakap, jadi cikgu PK kepuasan menyampaikan ilmu tu kita takdapat cuma kita puas atleast we have done something for them to cope with their daily life. Kalau cikgu biasa contoh kita ajar sel tumbuhan, kita puas sebab akhirnya student kita faham apa yang ada dalam sel tumbuhan,how their work tapi ajar PK kesabaran tu kena 500%. Aku first pergi sekolah tu air liur dah kena,gigit dah kena tu baru hari first. hahahaaa engkorang nampak buruk ja kan apa aku tulis.

"Well here the beautiful life began. Terima kasih for all the student. Kalau awak tak gigit cikgu, cikgu tak rasa sampai bila-bila kena gigit. terima kasih bagi cikgu pengalaman tu. Kalau awak tak tantrum, cikgu tak dapat tengok apa beza tantrum dengan meltdown, kalau awak tak manja.cikgu tak dapat jadi penyayang macam sekarang. Eh ? hahahahahhaaa. Gais terima kasih sebab sambut cikgu pagi pagi. cikgu datang laju-laju engkorang lari. Sampai depan kelas say good morning for me. Terima kasih lari-lari mai dekat cikgu and jalan sama-sama pergi kelas. Cikgu rasa cikgu orang yang dapat a lot of love setiap hari. Ni ka nama dia jatuh cinta hari-hari. Many thing i learn from kids and teachers as well"
sains,pk,sejarah,kaunseling

Dekat sini banyak  tau aktiviti kemahiran yang disediakan jahit, memasak, tanaman and carwash. Yang selalu dapat makan free aiskrim sapa ? aku dengan kawan-kawan aku lah. Serious sedap. Tu tak cakap lagi pasal durian crepe, cheese tart, waffle. Ya allah sedapnya. Untuk orang yang tak pandai masak macam aku ni, aku cuba sedaya upaya tak pi bengkel masakan. Nanti nampak lah skill masak aku null. hahahahaaa Tapi sekali dah pi, rasa takmau balik pulak. Aku sangat support tau kemahiran carwash ni untuk murid PK. Atleast depa boleh buat part time cuci kereta dengan ilmu yang ada. Ada seorang student ni buat part time carwash dapat gaji seribu lebih sebulan. Okay what ?untuk umur dia sekarang, dia antara orang kaya tau. Aku pun takdek. Cikgu-cikgu dekat sana also very nice. Niat di hati nak post sekali gambar budak-budak tu sini tapi takut pula aku nak post muka diaorang. After all i need to ask their permission. So kalau dapat nanti aku post. Sampai sekarang tau hubungan kami still rapat. Kami still gather sama-sama kalau aku balik cuti midsem ka sem ka. Raya pun diaorang datang. Terima kasih ingat cikgu yang tak bagi ilmu apa-apa ni. Okay untuk korang yang nak faham apa tu contoh-contoh MBK ni,nanti aku post entri baru. Tapi engkorang ni aku tau dah,kalau ilmiah sikit takmau baca. Kalau pasal cinta kalut nak baca. So, pls leave a comment kalau engkorang nak, aku cuba cari info dengan rujukan terkini. Tapi engkorang janganlah bagi assignment engko. Kesianlah dekat aku. Aku pun student juga.

Comments

Post a Comment