![]() |
Biarkan ia menjadi kenangan |
tersentak aku dengan keputusan yang dia lakukan, Mungkin istikarah aku tidak kuat untuk dipertandingkan, si dia punya perasaan yang lebih besar untuk dia perjuangkan, sang kekasih hati yang telah menapak dihatinya setelah kami saling tersalah anggap, mungkin itu cinta hatinya yang sebenar, sedangkan aku cuma coretan kenangan yang kian pudar dan hilang,dan dalam bait kata ini aku ingin buat perjanjian, akan ku simpan tiap perasaan aku kepadanya sedalam dalam yang mungkin, biar cinta ini mati dalam diri sehingga terputusnya ikatan antara jasad dan badan, sehingga terhentinya tunjang utama di dalam badan, sehingga liang lahad menjadi peneman. Jika satu hari si dia pulang kepangkuan, tiada ragu untuk aku terima walaupun luka pernah dia tarahkan. Buat ibu dan ayah, maafkan anakmu kerana belum mampu perkenalkan si dia. Buat si dia, jika perlukan tempat untuk luahkan perasaan, jika perlu tempat untuk berkongsi kesedihan, Carilah aku dan tidak akan sekali pernah aku kecewakan, selagi jasad ku masih di usung badan, selagi itu akan aku dengar akan tiap rintihan.. Moga sentiasa baik dalam jagaannya.
Cc: I.
Walaupun esok peperiksaanku, namun, tanganku lebih pantas menaip, sengaja aku coretkan coretan ini dihalamanku agar si Dia dapat mengulangi pembacaan luahan hati I. Jangan risau, aku telah dapatkan keizinan I untuk mencoretkan luahan hatinya. Sekian buat kali ini. Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment