aku dan Siti Khadijah





first and foremost . Selamat Hari Raya Aidiladha !

Aku dan Siti Khadijah. Siti Khadijah. Nama seindah makna. Menurut ibu dan ayah aku, Siti Khadijah sangat cantik.

Terpanggil aku untuk post entry ni selepas melawat pusara Siti Khadijah pada Hari Raya Aidiladha. Niat dihati hendak mempasakkan jari dipapan kekunci komputer riba tapi nampaknya aku kena keluar untuk menyettelkan masa depan aku kahkahkah.

Anak sulung. Sering dimomokkan dengan pelbagai ciri-ciri yang baik. Siapa anak sulung dalam keluarga? beriya aku orang pertama dengan megahnya mengangkat tangan. Tanpa segan silu aku menggunakan status anak sulung. Bila cikgu membacakan tentang ciri-ciri anak sulung, dengan gembiranya aku mendengar dan mengiyakan seolah-olah itu aku Bila lalu disepanjang jalan ke kantin sekolah, ya seperti selalu, aku beriya membaca semua perihal tentang anak sulung sedangkan itu bukan aku. ciri-ciri itu sama sekali bukan aku. Terima kasih meminjamkan aku status itu Siti Khadijah.

Siti Khadijah
Kejap ja rumput dah panjang baru bulan lepas aku cabut kak

Ya, siti Khadijah itu kakak aku. Arwah kakak aku. Hadirnya Siti Khadijah memberi makna yang indah buat ibu dan ayah. Setiap kali sampai kubur hang kak, aku mesti nangis tapi aku cover habis la . well , aku kan pinjam title anak sulung hang . mana boleh nangis hahahhaa. But not this year. sebak dia lain kak. If u were still here u dah 22 kak. Happy birthdayyyyy. Hang tau dak kak, aku type entry ni sambil berjurai airmata aku kak. Kita tak pernah jumpa tapi kenapa aku sedih sangat ni eeuuu. Hang jangan risau kak, ibu dengan ayah sayang hang lagi. Depa asyik cakap kalau hang ada sekarang hang lagi cantik. Panas ja telinga aku dengar kak tapi jangan risau aku tak jealous okayyy sebab hang pun anak depa kan. Aku tak kedekut kak so kita share jelah kasih sayang depa . I miss you alot and i dont know why. I want you to know, aku sayang hang kak. Serius tak bohong, tah mana mai perasaan ni sama macam perasaan aku dekat firdaus kahkahkahh. Amacam dekat sana? banyak laki hensem tak kak ? hahahaa. Aku doakan hang best dekat sana. Nanti tolong tarik aku sekali kak. Aku dah banyak tolong buat kerja hang sebagai anak sulung hahahahaa. Kak, adik hang dua ketul tu geram betul la aku. Hilang kesabaran aku ni kak. Suka cari pasal. Takpalah kak, janji diaorang bahagia.

Tiba-tiba aku gedik pula nak post ciri-ciri anak dalam keluarga sebab aku suka baca. Tapi baca yang anak sulung lah. Bila baca yang aku punya sendiri euu menyampahhnya.

Anak sulung
Selalunya sifat dasar anak sulung bijaksana, pandai, bersikap lebih dewasa, banyak ilmu tapi jarang nak keluarkan. Suka berfikir sampai afrika punya jauh. Selalu fikir masa depan sendiri dan keluarga. Sifat buruk paling degil, keras kepala malas dan memilih dalam mencari pasangan kekekee
kak, ni dua orang adik hang tu. Harap diaorang
takbaca la entry ni kalau tak kantoi la aku
sebarkan gambar buruk diaorang


. Katanya nak pasangan yang cantik comel
hensem gitu dan berduit. Selalu tertarik dengan anak bongsu. Selalunya lah tapi kalau dah sayang tu, anak tong sampah pun boleh ja.Suka lelaki yang hensem dan perempuan yang cantik dan berfikiran jauh serta matang. Katanya agak cerewet dalm mencari jodoh sebab nak yang terbaik. Dannn dia tak boleh orang lebih dari dia.Egonyaa.

Anak tengah
Selalu dia ni suka buat benda tak fikir orang, berani, berkeyakinan tinggi. Haa yakin tinggi ni cikgu kaunselor aku pun bagitau. Anak tengah ni selalunya senang bagi pandangan. Peramah, suka bergaul dengan orang, senang sesuaikan diri dan lebih disukai orang.Ada yang percaya mereka lebih memiliki jiwa seni yang lebih berbanding adik-beradik lain. Sikap buruk suka emosi, cepat terasa, suka cari pasal lepastu suka takmau mengalah dan ego dia paling tinggi. Pasal jodoh ni, ikut pendapat psikologi, anak tengah tak sesuai dengan anak tunggal sebab nanti asyik tarik rambut ja. Anak tengah selalu akan cari pasangan yang dia rasa boleh masuk.


Anak Bongsu
ibu aliaa ayah rafif
kak yang comel tu aku, yang tak comel atas tu dua
orang tu 

Diaorang ni suka yang funfun ja, manja tu mestilah. Suka bergantung dekat orang sebab dah biasa kakak dan abang tolong. Ada setengah berpendapat anak bongsu kurang sesuai jadi pemimpin. Tapi takpalah asal dapat pimpin keluarga tu okay apa. kan Firdaus ? Anak bongsu ada badan yang sihat dan susah nak dapat penyakit yang teruk lebih kurang antibodi kuat dan kebanyakkan anak bongsu babyface. Mestilah babyface dah hang paling last dalam family tu kan. Sifat buruk tak suka menabung, boros dan tak fikir sangat tentang kehidupan dulu kini dan selamanya terutamanya masa depan lah. Bergantung banyak dekat ibu dengan ayah but depa yang paling faham ibu ayah okayy. Anak bongsu juga suka cerita hal peribadi kepada sesiapa ja terutama ibu dan ayah. Cakap pasal jodoh, katanya sesuai dengan semua sebab tak memilih dan tak cerewet janji ada ja.

Aliaa dah lack of picture. Rasanya kena banyak selfie lagi ni. That all for this morning . Keep in touch with me .

Comments