![]() |
insan kerdil yang menerima gelaran cikgu selama dua minggu |
Sekarang dah 2.10 minit pagi waktu Malaysia dan memandangkan saya tak boleh tidur. Saya cuba bagi anda semua sesuatu untuk dibaca . Sebelum itu, Assalamualaikum.
![]() |
berkebun yeayyyYyy |
Apabila seseorang yang sedang terbaring tidur-tidur ayam sambil menanti untuk pejamkan mata, banyak waktu terluang untuk berfikir. Dalam kesunyian dan kesepian sepanjang malam, maka terbayanglah dalam fikiran segala kejadian, peristiwa, momen yang indah dan sebaliknya. So entry kali ini momen tentang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi PPKI Smk Sungai Acheh. But, sebelum itu, saya tidak mempunyai pengalaman dalam lapangan kewartawanan jadi, janganlah dinilaikan entry saya ini dari segi kewartawanan dan kesusastperaan kekekekee.
![]() |
Ini geng yang selalu countdown dengan saya yowww |
Untuk memenuhi tuntutan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti, saya dengan bahagianya menjalankan Program Perantis Guru di sana. Jujur dari hati nurani saya awal-awal masuk memang takbest yakmat . hari first tu mengira setiap detik untuk balik rumah . countdown ramai-ramai. Tapi tak ramai sangat lah 4 orang ja. 2 orang bahagian Pendidikan Khas saya dengan saiful majoring masalah penglihatan minor sejarah. Yang perempuan tu nama Intan Raihana majoring sejarah minor pengajian perniagaan. Dan lagi sorang tu alif si senior majoring geografi minor pendidikan moral. Si senior ini senior saya. Saya form 1 dia dah form 4 .kami taktau dari mana datangnya si alip ni. mati mati ingat tiga orang ja tuptup ada juga dekat sekolah. Aku tahu dari mana asal usulmu, pulanglah dikau ke tempat asalmu kekekee.
Saya selitkan juga dekat sini gambar-gambar agar entry saya yang tak gempak ni takla hambar sangat. Saya tahu, anak-anak saya seronok bila ada cikgu baru masuk. Muka semua bersinar-sinar dengan harapan nak diajar. Tapi maafkan cikgu sayang. Cikgu dilarang mengajar.
Bila dah masuk bahagian PPKI omg i found my heart, mysoul and my everything. Its all there. Mula-mula memang takbest sebab pelajar-pelajar ni biasa tak macam pendidikan khas yang saya belajar dekat universiti. its totally out of blue. Saya tak merasai kepuasan dan mungkin ekspetasi saya tinggi dimana saya nak tengok budak lari, menangis, tantrum, pukul-pukul cikgu, meltdown. yelah pendidikan khas kan .
But they are totally different. Mereka sangat well-manner, baik cuma mulut bising sikit. Tapi bila dah lama-lama saya dengan mereka. Saya sedar saya perlu jumpa dengan mereka dahulu untuk jumpa dengan pelajar-pelajar saya yang akan datang yang mungkin akan tunjuk masalah tingkahlaku yang serius. Bila saya fikir balik, walaupun mereka biasa tapi mengajar mereka juga ada cabaran. Kesabaran sangat sangat sangattttttttt penting fuhhhhh. Saya pergi sekolah tak buat apa-apa kecuali layan anak-anak saya dan terus tertidur lepas balik sekolah. Saya tak tahu apa yang penat sangat. and yeahhh . im done. saya boleh bangun lambat dan sekarang saya tengah sesuaikan balik diri saya untuk tidur lambat perlahan-lahan kekekeke.
![]() |
yeayyyyyyYyyyyy |
Saya rasa itu ja kot yang saya nak share. Takut termasukkan maklumat sekolah. Yelah, saya dahla takminta kebenaran nak share. Kena saman nanti acane? But, PPKI Smk Sungai Acheh bagi saya sangat aktif. Aktiviti dia sangat best. Ada berenang menunggang kuda. dan ada beberapa pelajar PPKI sekolah ini merupakan pelapis paralimpik bagi acara bowling dan renang. So , saya ucapkan selamat maju jaya untuk korang. Saya tahu anak-anak saya takboleh membaca tapi saya tetap share entry ni dekat mereka sebab ada gambar mereka dan hopefully mereka seronok, rasa tak lain dari orang. Dan kalau ada anak-anak saya yang baca, cikgu nak awak belajar sungguh-sungguh. Cikgu sayang awak semua. Terima kasih ubah hidup cikgu dan jangan lupakan cikgu sayang.
![]() |
halal gap terukse |
Act, ramai yang tanya kenapa saya ambil jalan ni. Malah ada seorang insan yang cakap kenapa saya ambil bidang ini, ianya merugikan saya. Saya harap semua yang baca entry buang stereotaip tentang pelajar pendidikan khas dan jangan pandang rendah kebolehan mereka .
Tiada manusia ibarat pulau terpencil, setiap seorang secebis dari benua, sebahagian dari keseluruhan. hadamkan dan byebye
Comments
Post a Comment