Keratokonus


Mata pesakit eratokonus

Mata pesakit Keratokonus


Ketarakonus merupakan salah satu masalah mata dimana satu keadaan berlakunya penipisan bahagian kornea secara progresif.  Keratokonus berasal daripada perkataan Greek iaitu keras (kornea) dan konos bermaksud kon (Ariela, Mochel, Einat & yutao, 2015). Bentuk kornea mereka bertukar daripada bentuk normal (kubah) kepada kon (Haliza,2016). Penurunan akuiti penglihatan akan menurun kerana berlaku ketidaknormalan pada lapisan berbentuk kon yang menyebabkan laluan lurus cahaya akan terganggu. Di Amerika Syarikat sahaja mempunyai 300,000 orang menghidap Keratokonus dan menjadi negara tiga teratas pemindahan kornea (Yelena,Benjamin & Yaron,2016).

 

mata normal manusia

                  Keratokonus boleh menyebabkan myopia dan astigmatisme yang tinggi melampau sehingga objek kelihatan senget dan berbayang. Faktor sebenar Keratokonus masih belum diketahui, tetapi secara saintifik, dilaporkan berlaku mengikut keturunan dan kerap berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai alahan teruk seperti asma dan alahan pada mata (Haliza,2016). Selain itu, faktor persekitaran seperti terdedah dengan UV, selalu menggosok mata, kekurangan enzim kornea iaitu aldehyde dehydrogenase 3 (ALDH3) dan atopi seperti elergi,asma dan eczema (Ariela et al., 2015). Terdapat 3 peringkat Keratokonus iaitu awal, progresif dan teruk.    

     

   Cara pengesanan Keratokonus


Gambar di atas ialah mata pesakit dengan Munson's sign. Tanda-tanda mengesan seseorang menghidapi Keratokonus ialah mereka terpaksa menukar preskripsi kaca mata dengan kerap setiap tahun. Mereka juga kelihatan suka mengosok mata secara keterlaluan kerana rasa gatal yang amat sangat. Pesakit Keratokonus juga akan menjadi fotofobia kerana mereka sensitif pada cahaya dan silau. Mereka mempunyai tanda-tanda klasik Keratokonus pada kornea iaitu Munson’s Sign, Flescher’s Ring, dan Vogt’s Striae (Haliza,2016). Flescher’s Ring ialah terdapat cecincin berwarna kelabu di sekeliling kon manakala Vogt’s Striae ialah terdapat bebenang halus disebabkan oleh penipisan kornea. Terdapat juga parut putih di bahagian tengah kornea. Salah satu simpton yang nyata ialah penglihatan tetap kabur dan tidak memuaskan walaupun telah memakai kaca mata.

 

                  Keratokonus agak sukar untuk dikesan kecuali jika menjalankan pemeriksaan mata yang rapi dengan optometris ataupun pakar mata. Hal ini kerana tanda-tanda awal hanya boleh dilihat dengan penggunaan alat-alat khas. Alat-alat tersebut ialah retinoskop, lampu slit biomikroskop dan alat topografi kornea (Haliza,2016).  Kaedah yang paling sensitif untuk mengesan dan mengesahkan Keratokonus ialah alat topografi berdasarkan kamera Placido dan pengimejan Scheimpflug (Ariela et al.,2015). 

                 

  Rawatan terhadap Keratokonus

Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan kepada pesakit Ketarokonus. Antaranya ialah:

i.                    Penjagaan mata

Pesakit dinasihatkan elak daripada menggosok mata secara keterlaluan kerana kornea mereka lebih nipis dan mudah rosak dengan kecederaan ringan seperti menggosok mata. Jika berbuat demikian, kon pada apeks kornea boleh terpecah dan menyebabkan parut yang tebal di kornea (Haliza, 2016). Pesakit boleh menggunakan tuala sejuk atau ketulan ais untuk diletakkan atas kelopak mata bagi melegakan kegatalan. Sekiranya  gatal dan mempunyai banyak discaj (tahi mata) ia boleh dituam dengan tuala yang bersih dan suam.  Jika tahap kegatalan semakin teruk, rawatan ubat antialahan atau antihistamin akan disyorkan oleh doktor mata.

 

ii.                  Pemakaian sepasang kaca mata

Peringkat awal boleh menggunakannya kerana akuiti penglihatan mereka masih tinggi. Walaubagaimanapun, mereka perlu mengunakan inisiatif lain jika preskripsi kaca mata mereka perlu ditukar dengan kerap sebagai contoh setiap tahun. Selain penggunaan kaca mata, pesakit Keratokonus tahap rendah juga boleh menggunakan kanta mata lembut. Hal ini dapat memberi mereka penglihatan yang baik.  Kanta mata lembut yang direka untuk pesakit Ketarokonus ialah KeraSoft IC, Bausch & Lomb, Soft K, Softlex, NovaKone dan Alden Optical (Laura & Richard, 2015)

 

iii.                Pengunaan kanta sentuh

Kanta sentuh separa keras
 

Bagi pesakit yang mengalami Keratokonus progresif, kanta sentuh khas separa telap ataupun Rigid Gas Permeable (RGB) perlu digunakan pada peringkat ini. RGB diperbuat daripada satu silikon mengandungi kompoun yang membenarkan oksigen melalui kanta mata. Penggunaan RGB akan mempunyai satu lapisan lakrimal nipis diantara ruang kornea dan kanta untuk membantu meneutralkan sedikit astigmatisme pada kornea (Laura &Richard,2015). Kanta sentuh Keratokonus boleh menyerupai bentuk kornea normal. Terdapat pelbagai reka bentuk, jenis material dan kuasa refraksi. Pemilihannya bergantung pada kesesuaian Ketarokonus. Kanta sentuh yang dipasang boleh mengembalikan penglihatan yang normal iaitu VA 6/6 atau 20/20 atau lebih baik dari sebelumnya (Haliza, 2016).

 

iv.                 Rawatan Colagen Cross Linking (CXL) dan INTACTS

 

Rawatan CXL

            Rawatan CXL ini dilakukan kepada pesakit Keratokonus tahap progresif. Ianya hanya dilakukan oleh pakar mata untuk menguatkan lapisan kornea mata. Rawatan ini juga boleh mengurangkan kemungkinan untuk pemindahan kornea. Di Malaysia, hanya Hospital Kuala Lumpur (HKL) sahaja yang akan menjalankan rawatan ini. CXL digunakan dengan rawatan lain seperti implan segmen cecincin dalam kornea (Adel & Pei-Rong,2015).  Corneal Ring Segment Insert (INTACTS) atau implant segmen cecincin dalam kornea tidak dilakukan di hospital kerajaan (KKM,2017).

 

 

v.                   Pembedahan transplan kornea

Sebelum pembedahan

Selepas pembedahan

              

Bagi pesakit Keratokonus teruk yang tidak boleh membaiki akuiti penglihatan mereka menggunakan kanta sentuh, boleh melakukan pembedahan atas nasihat doktor. Hal ini adalah kerana sebanyak 20% pesakit Ketarokonus yang teruk melampau sudah tidak boleh menggunakan kanta sentuh dan memerlukan pembedahan (Ariela, 2015). Salah satu lapisan pada kornea menbengkak dan mengalami koyakan yang dikenali sebagai Hydrops dan menyebabkan terjadinya parut yang menyebabkan kormea berwarna putih. Penglihatan adalah hampir buta sekiranya parut ini terjadi. Selepas 1 atau 2 tahun pemindahan kornea di lakukan, pesakit mungkin masih perlu menggunakan kanta lekap untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Semua jenis rawatan yang diberikan tidak akan menyembuhkan penyakit ini seperti sediakala (KKM,2017).

 


Rujukan:

Alhayek, A., & Lu, P. R. (2015). Corneal collagen crosslinking in keratoconus and other eye
       disease. International journal of ophthalmology8(2), 407.

Angart, L. (2015). Magic Eyes: Vision training for children. Crown House Publishing: United
         Kingdom.

Bykhovskaya, Y., Margines, B., & Rabinowitz, Y. S. (2016). Genetics in Keratoconus: where
         are we?. Eye and Vision3(1), 16.

Downie, L. E., & Lindsay, R. G. (2015). Contact lens management of keratoconus. Clinical
          and Experimental Optometry
98(4), 299-311.

Gordon-Shaag, A., Millodot, M., Shneor, E., & Liu, Y. (2015). The genetic and environmental
          factors for keratoconus. BioMed research international2015.

Haliza Abdul Mutalib. (2016). Masalah Penglihatan Kanak-kanak. Cetakan kedua. Dewan
         Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. (2015) Kenali Struktur Mata Anda diambil
       daripada
http://www.myhealth.gov.my/kenali-struktur-mata-anda/ pada 27/3/2020.

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. (2017) Keratokonus diambil daripada
        
http://www.myhealth.gov.my/keratokonus-mata/ pada 4/4/2020.


Comments